"Tinggi Betul Upah Dia" - Lelaki Ini Dedah Gaji Housemaid Kini Cecah Lebih RM3,000 Sebulan
Kerja ini memerlukan mental dan fizikal yang kuat.
Pekerjaan adalah salah satu sumber punca rezeki untuk menampung kehidupan seharian kita
Tanpa pekerjaan tentu sukar untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang.
Sudah pasti semua orang ingin kerjaya yang boleh memberi hasil buat diri mereka. Gaji adalah antara faktor utama seseorang dalam mencari pekerjaan.
Namun, tidak semua hanya memandang bahagian gaji malah, ada juga mereka yang terima saja gaji apa adanya asalkan dapat bekerja.
Kerjaya pembantu rumah bukan pilihan kerja di Malaysia
Pekerjaan sebagai pembantu rumah atau orang gaji kebanyakannya bukanlah menjadi antara pekerjaan pilihan di Malaysia.
Ianya kerana memerlukan anda untuk berhadapan dengan keadaan yang kotor dan perlu mengikut semua arahan yang dikehendaki oleh majikan iaitu tuan rumah anda. Tentunya ia sedikit sebanyak memberikan cabaran buat pekerjaan tersebut.
Walau bagaimanapun, pekerjaan itu menjadi pilihan bagi orang luar seperti Indonesia, Myanmar dan Filipina, sehingga mereka sanggup berhijrah ke Malaysia untuk berkerja sebagai pembantu rumah.
Gaji pembantu rumah kini boleh mencecah lebih RM3,000 sebulan
Rata-rata masyrakat Malaysia mungkin menganggap bayaran bagi pembantu rumah adalah rendah berbanding pekerjaan lain.
Tetapi, bagi pembantu rumah itu sendiri mereka sanggup berkerja sedemikian kerana faktor bayaran yang agak lumayan bagi mereka.
Baru-baru satu perkongsian di Facebook menarik perhatian apabila seorang lelaki mendedahkan harga sebenar pekerjaan sebagai pembantu rumah.
Menerusi posting tersebut, dia memberitahu bahawa dia mendapat tahu harga sebenar gaji mereka selepas menelefon salah satu agensi untuk mengambil pembantu rumah.
Gaji graduan sudah dianggap tidak relevan lagi dan perlu dikaji semula
Dalam pada itu, isu tersebut turut mendapat perhatian seorang warga Twitter yang kemudiannya berkongsi posting tersebut dan mengulas pandangannya mengenai isu berkenaan.
Menurutnya, sudah tiba masa untuk rakyat Malaysia sendiri menceburi bidang itu dengan lebih 'serius'.
Tambahnya, gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan pada hari ini kepada graduan baru adalah tidak relevan lagi.
Dia juga berpendapat agar majikan dapat memberi gaji yang sangat berpatutan untuk graduan.
Sementara itu, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu tersebut di ruangan komen berkenaan