seismik

Senarai Tempat Saringan Covid-19 Bagi Hospital & Klinik Kerajaan Di Lembah Klang

Dapatkan rawatan anda dengan segera.

Cover image via Thomson Hospital & Code Blue

Pandemik Covid-19 yang mengancam kesihatan seluruh dunia sejak Disember tahun lalu telah meragut ratusan ribu nyawa. Kini telah membawa kesan negatif pada ekonomi negara, malah Malaysia juga tidak terkecuali.

Sehingga kini wabak berbahaya itu masih belum berakhir namun, masyrakat Malaysia telah disarankan agar mengamalkan norma baharu untuk mengelakkan ia daripada merebak dengan pantas.

Di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah sedikit sebanyak cara kehidupan kebanyakan rakyat.

Tetapi, masih ada juga segelintir yang tidak megamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Malah, ramai yang tidak mengamalkan langkah-langkah pencegahan tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Jika anda bergejala seperti demam, batuk dan sukar bernafas, anda dikehendaki mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan. Rawatan awal dapat mengurangkan risiko penyakit menjadi lebih kritikal.

Untuk pengetahuan anda, setiap temujanji kini berdasarkan secara atas talian.

Anda perlu hadir ke klinik sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu temujanji yang ditempah, bagi menjalani saringan Covid-19, pendaftaran di kaunter, dan triage sebelum dipanggil untuk konsultasi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Straits Times

Berikut adalah senarai hospital dan klinik kesihatan kerajaan bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang anda boleh dapatkan: 

1. Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan

  • Klinik Kesihatan, Cheras 
  • Klinik Kesihatan Cheras Baru
  • Klinik Kesihatan Sungai Besi
  • Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
  • Klinik Kesihatan Jinjang
  • Klinik Kesihatan Tanglin
  • Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
  • Klinik Kesihatan Sentul
  • Klinik Kesihatan Batu
  • Klinik Kesihatan Dato' Keramat
  • Klinik Kuala Lumpur
  • Klinik Kesihatan Setapak
  • Klinik Kesihatan Kampung Pandan

Hospital

  • Hospital Kuala Lumpur

2. Selangor

Klinik Kesihatan

  • Klinik Kesihatan Bestari Jaya
  • Klinik Kesihatan Kuala Selangor
  • Klinik Kesihatan Jeram
  • Klinik Kesihatan Ijok
  • Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn
  • Klinik Kesihatan Semenyih
  • Klinik Kesihatan Bangi
  • Klinik Kesihatan Batu 14
  • Klinik Kesihatan Jenjarom
  • Klinik Kesihatan Teluk Datuk
  • Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang
  • Klinik Kesihatan Sijangkang
  • Klinik Kesihatan Sijangkang
  • Klinik Kesihatan Kebun Baru
  • Klinik Kesihatan Bandar
  • Klinik Kesihatan Tanjung Sepat
  • Klinik Kesihatan Bukit Changgang
  • Klinik Kesihatan Bandar Botanik
  • Klinik Kesihatan Kelana Jaya
  • Klinik Kesihatan Taman Medan
  • Klinik Kesihatan Puchong
  • Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam
  • Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam
  • Klinik Kesihatan Seri Kembangan
  • Klinik Kesihatan Sg Buloh
  • Klinik Kesihatan Selayang Baru
  • Klinik Kesihatan AU2
  • Klinik Kesihatan Taman Ehsan
  • Klinik Kesihatan Rawang
  • Klinik Kesihatan Gombak Setia
  • Klinik Kesihatan Kuang
  • Klinik Kesihatan Batu Arang
  • Klinik Kesihatan Hulu Kelang
  • Klinik Kesihatan Batu 8
  • Klinik Kesihatan Serendah
  • Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu
  • Klinik Kesihatan Rasa
  • Klinik Kesihatan Kalumpang
  • Klinik Kesihatan Selisik
  • Klinik Kesihatan Soeharto
  • Klinik Kesihatan Sabak Bernam
  • Klinik Kesihatan Simpang Lima
  • Klinik Kesihatan Salak
  • Klinik Kesihatan Sg Pelek
  • Klinik Kesihatan Dengkil
  • Klinik Kesihatan Sepang

Hospital

  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
  • Hospital Ampang
  • Hospital Selayang
  • Hospital Serdang
  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Shah Alam
  • Hospital Kajang
  • Hospital Banting

3. Putrajaya

Klinik Kesihatan 

  • Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18
  • Klinik Kesihatan Presint 9


Kalau rasa ada gejala Covid-19 cepat-cepat pergi buat test okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: