TV Tercanggih Di Dunia Dengan Fungsi 'Boleh Gulung' Kini Di Pasaran, Biar Betul!
Sungguh canggih teknologi zaman sekarang.
Dalam era yang begitu canggih ini kita sering dengar perkataan televisyen (TV) pintar atau smart TV yang sangat maju jika dibandingkan dengan teknologi terdahulu
Jika dulu tiada capaian internet, tetapi hari ini internet sudah menjadi antara salah satu 'kawan' kita untuk mencari pelbagai maklumat. Ianya sangat diperlukan oleh semua golongan tidak kira tua mahu pun muda.
Namun lain pula seperti televisyen, ia juga boleh dianggap sebagai satu keperluan bagi sesetengah orang dalam menjalani kehidupan seharian.
Menonton TV pada zaman sekarang sangat berbeza dengan waktu menonton TV pada zaman dulu kerana dulu TV hanya mampu menghasilkan gambar hitam putih.
Tetapi, kini TV juga mampu setanding dengan gajet pintar yang lain bahkan ianya mampu untuk dihubungi dengan sambungan internet yang dinamakan smart TV atau televisyen pintar.
TV boleh gulung yang pertama terdapat di dunia
Kita dapat lihat hari ini pelbagai jenis smart TV yang tersedia dipasaran yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang canggih.
Lain pula dengan syarikat elektronik terkemuka Korea Selatan, LG, yang baru-baru ini telah mengambil satu langkah ke depan dengan memperkenalkan TV gulung (rollable television) yang pertama di dunia.
Menerusi sumber, gulung itu dikeluarkan dalam bilangan yang terhad saja di Korea Selatan.
Kuantiti yang sangat terhad
Selain itu, TV gulung tersebut dikenali sebagai LG Signature OLED R yang berukuran 65-inci dan kini ia boleh didapati di tujuh buah kedai elektronik di seluruh negara itu dan berharga 100 juta won atau kira-kira RM362,000.
Skrin TV berkenaan boleh 'digulung' dan disembunyikan apabila dimatikan. Ia juga boleh dinaikkan separuh untuk berfungsi sebagai dash board.
Direka untuk beri kebebasan kepada pengguna meletakkan TV tidak terhad hanya pada dinding
Difahamkan rekaan itu dikeluarkan untuk memberi pengalaman yang baru kepada pengguna supaya ia tidak lagi terhad dengan keterbatasan pada dinding.
Ianya sekali gus membolehkan mereka untuk menyusun dekorasi kediaman tanpa perlu mengasingkan satu ruangan untuk skrin hitam besar yang berguna ketika dihidupkan.
TV ini kali pertama dipaparkan kepada umum sebagai prototaip pada 2018. Namun, ia hanya mula dijual tahun ini kerana kesukaran mencari pasaran yang sesuai.