seismik

Demi Konten Video, YouTuber Ini Sanggup Hancurkan Kereta Staff Walaupun Dikecam Netizen

Zaman sekarang prank menjadi antara video yang diminati untuk konten video.

Cover image via Isa Isarb (YouTube)

YouTube merupakan salah satu platform yang dapat menjana pendapatan lumayan. Zaman sekarang YouTube adalah medium paling senang untuk diakses melalui capaian internet tidak kira dalam ataupun luar negara.

Sejak kebelakangan ini, banyak idea dan konten dari YouTube kita boleh lihat yang dihasilkan oleh anak muda tempatan. Bermula daripada video review, unboxing, masakan sehinggalah kepada video prank.

Video prank kebanyakkannya telah diinspirasikan oleh YouTuber daripada negara luar dan kini ada yang 'meniru' konten sedemikian.

Antara nama YouTuber yang terkenal di Malaysia ialah saluran Isa Isarb. Sebelum itu YouTuber berkenaan pernah tular kerana ditegur pihak berkuasa selepas cuba mengagihkan RM10,000 di hadapan Istana Negara.

Hancurkan kereta pekerja sendiri

Kali ini, Isa Isarb kembali menjadi sebutan apabila video yang dimuat naik ke laman YouTubenya sekali lagi menjadi kontroversi.

Video yang berdurasi 14:40 minit itu menunjukkan dia yang menghancurkan kereta pekerja sendiri dengan cara merosakkan kenderaan itu secara beramai-ramai.

Berdasarkan video tersebut, YouTuber itu memaklumkan rakannya menggunakan kereta Proton Iswara yang didakwa kerap rosak. Jadi, sebagai cara untuk menghargainya, dia memilih untuk melakukan surprise dengan cara yang agak berbeza.

Nak bakar kereta tapi dihalang pihak berkuasa

Menurut perancangan, dia ada menyebut mahu membakar kereta rakannya itu namun, ianya telah dihalang oleh pihak berkuasa.

Disebabkan itu, dia bersama pasukannya telah memecahkan cermin dan memancitkan tayar kenderaan terbabit.

Selepas melakukan kerosakan tersebut, dia hadir dengan menggantikan sebuah kereta baru Perodua Aruz yang nyata jauh berbeza dengan kenderaan rakannya sebelum itu.

Lihat video penuh ini di bawah:

Walaupun mempunyai niat yang baik namun, cara Isa Isarb itu mendapat pandangan yang berbeza-beza daripada penonton. Ada yang beri kata-kata positif dan ada juga yang tidak.

Apa pendapat anda mengenai video ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: