seismik

Wartawan Sibuk Buat Laporan Gangguan Air Sambil Basuh Kereta, Tapi Hal Lain Pula Jadinya

Mungkin dia tak sengaja ke kan.

Cover image via Buletin TV3 (YouTube)

Umum sedia maklum, gangguan bekalan air di Selangor bukan lagi perkara yang asing buat para penduduk di negeri itu

Ianya kerana penduduk telah berhadapan dengan situasi yang sama hampir setiap tahun, malahan untuk tahun ini sahaja sebanyak 8 kali gangguan bekalan air telah direkodkan.

Seperti yang berlaku kepada seorang wartawan, yang sedang melaporkan berita bertajuk penduduk Selangor risau bekalan air terputus di TV3 baru-baru ini yang telah mencuri perhatian netizen.

Video yang tular di laman media sosial Twitter itu menunjukkan seorang wartawan wanita yang sedang membuat laporan mengenai gangguan bekalan air.

Namun, menerusi video tersebut wartawan terbabit sedang melakukan semburan air pada salah sebuah kenderaan yang berwarna hitam.

Anda juga boleh tonton laporan penuh oleh wartawan TV3 ini di bawah:

Tak perasan pula tingkap kereta terbuka

Gelagat wartawan berkenaan yang membasuh kereta tanpa menutup cermin tingkap belakang menjadi antara perbualan menarik di media sosial beberapa hari ini.

Susulan daripada itu, netizen kemudiannya berkongsi kembali video tersebut di media sosial dan ia menjadi tular. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 3.1k retweets dan 3.4k likes.

Netizen juga beranggapan kereta terbabit mungkin telah pun basah di bahagian dalam akibat semburan yang sangat kuat.

Rata-rata netizen berasa terhibur dengan kejadian terbabit dan turut meninggalkan pelbagai reaksi komen di akaun tersebut

Aduhai, pakej luar dan dalam ya. Mungkin dia fokus dengan kerja sampai tak perasan. Apa pun stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: