seismik

Popular Di Instagram & TikTok, Rupanya Ini Maksud Di Sebalik Lagu "Ampun Bang Jago"

Kalau buka Instagram story je wajib ada lagu ni.

Cover image via Tian Storm (YouTube) , Kifli_laode (TikTok) , @cikb_havoc66 (Twitter) , Ain Edruce (Instagram)

Jika sebelum ini popular dengan lagu Mi Pan, Lathi dan Kopi Dangdut, kali ini netizen turut tergila-gilakan lagu Ampun Bang Jago

Tidak dinafikan aplikasi media sosial pada masa kini telah banyak mengubah landskap muzik di dunia.

Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu yang kurang dikenali menjadi terkenal dan tular oleh kerana ianya sering dimainkan oleh pengguna TikTok mahupun Instagram.

Sekarang, timbul pula lagu baru bertajuk 'Ampun Bang Jago' yang sering kita dengari dimainkan di Instagram story.

Siapa sebenarnya Bang Jago?

Lagu yang berasal dari negara seberang itu mendapat perhatian netizen kerana ia menjadi tular di media sosial.

Ianya dihasilkan oleh pemuzik dance / electronik Tian Storm & Ever Slkr, yang berasal dari Indonesia. Muzik video mereka juga baru saja dimuat naik di laman YouTube pada 12 September yang lalu.

Lagu berkenaan juga turut mempunyai dance step tersendiri sehingga membuatkannya popular terutama dalam kalangan anak muda.

Maksud sebenar  'Bang Jago' adalah perkataan yang digunakan oleh rakyat Indonesia untuk mengakhiri perbualan yang mengejek terhadap orang yang merasa dirinya paling hebat, sombong atau merasa dirinya nombor satu.

Seperti contoh, jika anda sedang berdebat dengan seseorang, lalu dia membalas dengan berkata "okay bang jago", orang itu akan merasa marah dan meluat kerana dipanggil "bang jago".

Image via Hot Fm

Lirik lagu Ampun Bang Jago merupakan kata sindiran

Malah, ternyata lirik lagu berkenaan juga merupakan kata sindiran terhadap orang lain yang merasa dirinya hebat.

Ampun bang jago, ampun bang jago

Mulai kelihatan mereka muncul satu-satu

Rebutan takhta pasti itu yang mereka tuju

Tidak perlu sebut nama, mereka peka dengan lagu ini,

Semua tahu, siapa yang nombor satu

Saat mereka datang, menunjukkan siapa yang paling hebat

Kita masih tetap pada jati diri sendiri

Biarlah anggap saja mereka yang paling hebat.

Lagu tersebut bukan saja menjadi fenomena dalam kalangan anak muda tetapi juga turut dimainkan oleh beberapa orang selebriti tanah air.

Jadi kesimpulannya, "Bang Jago" bukanlah nama orang tetapi ia adalah perkataan yang digunakan untuk mengekspresikan perasaan.

Kalau buka story dekat Instagram tak sah kalau lagu ni tak muncul kan. Apa pun stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: