seismik

"Saya Pesakit Covid-19, Bukan Penjenayah" - Lelaki Ini Kecewa Dipulau Penduduk Setempat

Dia antara pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19.

Cover image via The Straits Times & Shakirin Al-Ikram (Facebook)

Semakin hari semakin meningkat angka yang dicatatkan kes positif Covid-19 di Malaysia

Dengan ratusan kes yang positif maka tidak hairanlah jika wabak ini sudah pun berada dalam komuniti kita. Kerajaan juga sangat bertanggungjawab dalam menyimpan rahsia identiti dan maklumat pesakit daripada orang ramai.

Namun, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan identiti maklumat pesakit berkenaan.

Seperti yang berlaku kepada salah seorang bekas pesakit Covid-19, yang dikenali sebagai Shakirin, dia meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila seluruh ahli keluarganya dipulaukan penduduk setempat selepas disahkan positif Covid-19.

Ingat demam biasa rupanya dijangkiti Covid-19

Menurut sumber, dia adalah antara salah seorang pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19 hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lalu.

Berkongsi pengalamannya, Shakirin yang bekerja sebagai pembantu jualan premis pakaian di pusat beli-belah di Bandar Utama berkata, dia tidak mengalami gejala teruk atau demam, cuma simptom ringan seperti sakit sendi dan rasa hendak pitam beberapa hari sebelum disahkan positif Covid-19.

Dia yang merupakan bapa kepada dua orang anak itu menerima keputusan itu pada 13 Oktober sebelum dibawa ambulans pada malam hari sama untuk dimasukkan ke wad Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Image via ET Health World
"Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19" katanya.

Sedih apabila anak dan isteri dipulau oleh masyarakat seperti penjenayah

Namun, apa yang paling menyedihkan ialah apabila anak dan isterinya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat hanya kerana dia dijangkiti Covid-19.

Selain itu, dia juga telah dituduh membuang gelang tangan kuarantin sedangkan perkara itu tidak benar.

Tambahnya, selain mereka empat beranak, keluarganya termasuk emak serta ayahnya yang tinggal di blok sebelah dan keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

Image via Vocket
"Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis, tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca"

"Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah, memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan" katanya.

Bersyukur ada yang tampil membantu

Dia sebelum itu ada memuat naik hantaran mengenai luahannya di Facebook merasa bersyukur ada yang tampil menghulurkan bantuan.

"Alhamdulillah, ramai memberi kata semangat dan tidak kurang tampil menghulurkan sumbangan.

"Salah seorangnya adalah pengurus restoran ,Shahrul Nizam Kamal yang menghantar makanan untuk keluarga saya sepanjang saya berada di wad," katanya.

Di sebalik ujian dilalui, Shakirin bersyukur kerana sudah pulih daripada Covid-19 dan tidak ditahan di wad lebih lama dan gembira apabila kembali ke pangkuan keluarga.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: