seismik

Sebab Tak Scan MySejahtera Di Kedai Makan, 6 Pelajar Ini Didenda RM1,000

Mengisi nama atau imbas kod MySejahtera adalah wajib sebelum memasuki premis.

Cover image via Malaysia Kini & Sin Chew Daily

Seperti kita semua tahu, sejak berlakunya penularan wabak Covid-19, kerajaan telah pun mewajibkan setiap orang untuk mengisi nama di dalam buku log atau scan kod MySejahtera sebelum memasuki sesebuah premis

Ianya sudah pun menjadi perkara yang wajib dilakukan setiap kali seseorang individu sampai ke sebuah premis sepanjang musim pandemik.

Anda juga boleh dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa jika tidak mematuhi arahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Seperti kejadian yang berlaku kepada 6 orang pelajar ini, mereka berada di kedai makan tanpa melakukan imbasan kod MySejahtera atau menulis nama di dalam buku log yang disediakan.

Image via The Star

Menerusi sumber, sekumpulan 8 orang mahasiswa telah datang ke kedai makan namun, 6 daripadanya gagal melakukan self check in yang menyebabkan mereka dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Pihak penguatkuasa tiba secara mengejut untuk membuat pemeriksaan di kedai makan tersebut untuk memastikan setiap individu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Pemilik restoran pun tidak terlepas dikenakan denda juga oleh pihak penguatkuasa

Image via Sin Chew Daily

Bukan hanya 6 orang pelajar tersebut tidak mengimbas MySejahtera malah, pengurus restoran itu sendiri didapati tidak mengimbasnya.

Dia juga didapati gagal untuk melatih kakitangannya untuk mengambil suhu pelanggan dan daftar masuk menyebabkan dia dikenakan denda kerana tidak mematuhi SOP.

Menurut Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka, Asisten Komisioner Beh En Lai berkata, sebanyak 747 denda telah dikeluarkan kepada individu kerana melanggar SOP sejak awal bulan hingga 20 Oktober 2020.

"50% daripada mereka tidak memakai pelitup muka dan 30% daripada mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial"
Sementara itu, 20% yang lain terdiri daripada individu yang tidak
mengimbas MySejahtera atau kakitangan yang tidak mematuhi SOP.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: