"Susah Sangat Kita Jela Kahwin" - Dari Bergurau, Pasangan Ini Akhirnya Naik Pelamin
Jodoh sememangnya rahsia daripada Allah.
Begitulah jodoh, jika sudah ditakdirkan oleh Tuhan untuk kita bersama dia, maka jadilah ia
Setiap pasangan kekasih yang bercinta pasti ingin hubungan itu berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin. Namun, siapalah kita untuk menentukan takdir untuk bersama seseorang.
Pastinya perancangan diatas adalah yang terbaik. Jodoh boleh datang dalam bentuk yang diduga.
Begitulah seperti perkongsian oleh seorang gadis yang tular di Twitter baru-baru ini yang mendapat perhatian netizen.
Tak pernah bertegur sampai habis tamat pengajian
Siapa sangka daripada hanya sekadar gurauan dan ajakan untuk berkahwin akhirnya menyatukan mereka berdua.
Ianya bermula dengan ajakan si suami melalui ruangan direct message (DM) di Instagram.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Dinie, dia dan suami sudah mengenali antara satu sama lain sejak belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi, mereka tidak pernah bertegur pada masa itu.
Selepas tamat pengajian, si suami mula memberanikan diri untuk menghantar mesej di Instagram sebelum mengajaknya untuk berkahwin.
"Okay, jom la kahwin"!
Tambahnya, semasa awal perkenalan memang mudah tetapi mereka juga sama seperti pasangan yang lain tidak lari dari pelbagai dugaan sepanjang perhubungan mereka.
Mereka akhirnya disatukan dalam majlis pernikahan pada yang telah diadakan pada 10 Oktober 2020 baru-baru ini.
Rata-rata netizen juga turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan terkejut dengan cara perkenalan mereka