seismik

[VIDEO] "Kamu Jaga Amanah Saya" - Pesanan Bapa Pengantin Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Pesanan seorang ayah kepada menantu yang begitu mendalam.

Cover image via @ajayituhaziyah (Twitter)

Alam perkahwinan merupakan salah satu impian buat semua pasangan. Fasa baru akan hadir dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Melalui alam perkahwinan, anda akan dapat mengenali pasangan dengan lebih rapat dan dekat lagi.

Berbeza dengan pasangan kekasih, bila masuk alam perkahwinan sememangnya ia akan penuh dengan cabaran dan pengalaman yang baru.

Sudah tentu ibu bapa merupakan orang yang paling gembira kerana akhirnya anak mereka menjumpai pasangan untuk memulakan langkah baru bersama. Namun, pada saat ini juga adalah saat yang paling menyedihkan buat mereka walaupun cukup berharga.

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila satu perkongsian video pendek telah menyentuh ramai hati dan juga emosi netizen.

Pesanan seorang ayah kepada menantu

Video itu memaparkan tentang seorang bapa pengantin perempuan yang memberi pesanan kepada menantunya di hari perkahwinan.

Jika dilihat daripada video tersebut, ternyata bapa pengantin perempuan itu seperti sukar melepaskan anaknya.

Video berkenaan menunjukkan bapa pengantin perempuan yang sebak untuk melepaskan anak perempuannya itu. Dia turut memesan agar menantunya itu menjaga anaknya sebagaimana dia menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Lihat video penuh di bawah:

"Saya serahkan anak saya kepada kamu, saya serahkan amanah saya. Kamu jaga amanah saya sebagaimana saya menjaga dia"

"Kalau kamu datang ambil dia cara begini sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kembalikanlah kepada kami"

Rata-rata netizen juga turut tersentuh melihat video tersebut dan meninggalkan reaksi kesedihan mereka

Memang emosi betul tengok video ni. Tolong jaga pasangan anda sebaik mungkin okay.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: