seismik

Netizen Mohon Kerajaan Sekat Ribuan Pekerja Bangladesh Yang Mahu Pulang Ke Malaysia

Mereka berkumpul di hadapan kementerian luar negeri bagi menuntut untuk pulang ke Malaysia.

Cover image via New Age & Berita Harian

Ribuan pekerja warga Bangladesh dari Malaysia yang terkandas di negara asal akibat Covid-19 mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka menuntut bantuan kerajaan bagi kembali bekerja di Malaysia

Hangat baru-baru ini apabila keluar berita mengenai ribuan pekerja warga Bangladesh yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka menuntut bantuan kerajaan untuk kembali bekerja di Malaysia.

Menerusi laporan, mereka pulang ke negara asal untuk bercuti dan tidak dapat kembali ke Malaysia akibat pandemik Covid-19 yang memaksa kebanyakan negara menutup sempadannya.

Lebih 25,000 pekerja Bangladesh dari Malaysia terkandas di negara asal

Difahamkan visa sebahagian besar pekerja terbabit sudah tamat tempoh dan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk kembali ke Malaysia.

Namun, ianya telah dianggarkan terdapat lebih 25,000 pekerja Bangladesh dari Malaysia kini terkandas di negara asal sejak penularan pandemik Covid-19.

Dalam kejadian tersebut, mereka menggesa kerajaan campur tangan dan membantu mereka menyelesaikan isu dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tempat kerja di Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Kerajaan Bangladesh akan berbincang dengan kerajaan Malaysia

Setiausaha Luar kerajaan Bangladesh memberitahu mereka akan berbincang dengan kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Seorang pekerja, Md Mohiuddin, memberitahu bahawa beliau pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan sepatutnya kembali ke Malaysia pada 6 Mei tetapi tidak dapat berbuat demikian akibat Covid-19.

Tambahnya,  tanpa campur tangan kerajaan, usaha mereka untuk kembali ke Malaysia tidak mungkin berjaya.

Mereka juga menuntut kerajaan menyediakan dana bantuan kewangan kerana tiada pekerjaan selama lebih tujuh bulan.

Sementara itu, berita berkenaan turut mencetus kemarahan rakyat Malaysia yang membantah dan mohon agar kerajaan menyekat perjalanan mereka

Isu itu ternyata menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila tinjauan di komen Facebook rata-ratanya tidak setuju dan mahu kerajaan mengambil tindakan terhadapnya.

Kebanyakan netizen meluahkan agar kerajaan dapat tangani sementara kemasukan pekerja berkenaan ke Malaysia oleh kerana wabak pandemik yang semakin teruk di nagara ini.

Selain itu, ada juga berpendapat bahawa kerajaan perlu prihatin dengan pekerjaan rakyat di Malaysia dulu sebelum membantu negara luar. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: