Didakwa Boleh Bercakap Dengan Jin, Doktor Ini Rugi Lebih RM170K Lepas Beli 'Lampu Aladdin'
Bukan sikit-sikit ya duit dia bayar.
Seorang doktor di India rugi lebih RM170,000 setelah membayar wang pendahuluan untuk membeli 'lampu Aladdin' yang didakwa mampu memberi kekayaan dan kesihatan
Itulah perkara pelik yang berlaku di India apabila seorang doktor terpedaya membeli 'lampu Aladdin' yang didakwa boleh membawa kekayaan, kesihatan dan nasib yang baik.
Doktor lelaki berkenaan membelinya kerana terpedaya dengan tawaran kekayaan dan kesihatan yang dikatakan oleh penjual lampu terbabit.
Mahu berkomunikasi dengan jin selepas bayar duit pendahuluan
Menerusi sumber, suspek yang merupakan dua orang lelaki itu mendakwa lampu yang dijual mereka mampu mengeluarkan 'roh' sama seperti dalam cerita dongeng Aladdin.
Ianya bermula apabila dia bertemu suspek ketika sedang merawat seorang wanita yang didakwa ibu kepada dua lelaki terbabit.
Mereka memberitahu kepadanya tentang dewa yang mengunjungi rumah mereka dan mempengaruhi doktor tersebut untuk datang ke rumah mereka untuk melakukan ritual.
Nampak kelibat seperti Aladdin tiba-tiba muncul depan mata
Dia mendakwa 'Aladdin' juga pernah muncul di hadapannya sebelum doktor itu menyedari ia sebenarnya salah seorang suspek yang berpakaian seperti watak terbabit.
Namun, dia hanya menyedari suspek bertudung itu menyamar dengan berpakaian seperti Aladdin.
Mahu bayaran tambahan walaupun sudah membayar wang pendahuluan
Difahamkan mangsa sudah membayar wang pendahuluan berjumlah AS$41,500 (RM172,349) namun, suspek meminta bayaran tambahan berjumlah lebih AS$200,000 (RM830,600).
Suspek ketiga merupakan seorang wanita masih diburu polis. Kegiatan mereka terbongkar selepas doktor terbabit membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kedua-dua suspek juga terlibat dalam kes penipuan keluarga lain menggunakan taktik yang sama.