seismik

[VIDEO] Dilamar Ayah Kawan Baik Sendiri, Gadis Ini Akui Umur Bukan Penghalang Relationship

"Definisi I'll go date your father" - Warganet.

Cover image via @ lia_asyifa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang berpendapat jika jarak umur antara suami dan isteri terlalu jauh, hubungan itu tidak akan kekal lama

Namun, siapa kita untuk menolak takdir dan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tidak kiralah kalau jarak umur beza berbelas atau berpuluh tahun sekalipun, kalau dah namanya jodoh tetap tak akan ke mana.

Begitu juga dengan sebuah video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis mencuri tumpuan warganet selepas dia berkongsi kisahnya yang dilamar oleh ayah kawan baiknya sendiri.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Dilamar ayah kawan baik sendiri dan tak kisah jarak umur terlalu jauh

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Lia Asyifa, dia berkongsi kisah cintanya dengan ayah kawan baiknya sendiri yang merupakan seorang duda.

Walaupun jarak umur mereka terlalu jauh dan lelaki itu boleh dikatakan sebaya dengan ayah kandungnya sendiri, gadis itu tidak kisah kerana baginya lelaki matang lebih pandai menjaga hubungan cinta.

Susulan itu, ramai yang ingin berkenalan dengan kawan baiknya dan gadis berkenaan sempat memuat naik video bakal anak tiri

"From bestie to mommy, ayah dia memang nampak muda" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2M views, 98.2K likes dan 942 shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing dan ada juga yang menyamakan kisah percintaan gadis itu seperti di dalam novel dan wattpad.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apalah agaknya perasaan kawan baik dia bila kena biasakan diri panggil kawan sendiri 'mummy' ya? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: