seismik

Bercinta Dengan Ex Student, Wanita Ini Tak Kisah Tua 11 Tahun Daripada Suami. So Sweet!

Nampak macam sebaya je dia dengan suami.

Cover image via @izzaerma (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah SWT yang kita tidak tahu dan tidak boleh jangka

Kadangkala, pasangan hidup kita itu orang yang sudah lama kita kenal tetapi tidak menyangka akan berjodoh dengannya.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita ini apabila dia bertemu jodoh dengan bekas anak murid yang beza 11 tahun dengannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat perkongsian video itu di bawah:

Tak sangka berjodoh dengan ex student, kenal sejak suami tingkatan 3

Menerusi video yang dikongsi oleh Izza Erma, dia memuat naik beberapa koleksi gambar momen romantisnya dengan suami.

"Aku 36 tahun, husband aku 25 tahun. Kami sekolah yang sama, sebab dia ex student aku, aku cikgu dia. Tak sangka jodoh," katanya.

"Allahuakbar, you'll never know right kuasa Allah. Semoga ke jannah" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang meraih 14.7K tanda suka, 241.9K tontonan serta 928 perkongsian di TikTok, Izza turut mendapat pujian dan doa daripada warganet.

Mereka juga berpendapat bahawa walaupun jarak umur dia dan suami sangat jauh, namun dia tidak nampak tua malah kelihatan sebaya dengan suaminya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak kisahlah umur jauh beza pun, yang penting mereka happy :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: