seismik

Ibu Tunggal Ini Bersyukur Ditemukan Jodoh Dengan Lelaki Lebih Muda 9 Tahun. Alhamdullilah!

Kalau dah jodoh memang tak ke mana.

Cover image via @mawar_tajudin (TikTok)

Berbicara soal jodoh, kita sememangnya tidak akan tahu siapa yang bakal hadir sebagai peneman hidup kita

Lain orang lain jalan cerita cinta mereka. Ada yang bercinta bertahun-tahun tetapi jodoh tidak panjang, putus di tengah jalan. Ada pula yang bertemu jodoh dengan isteri atau suami yang lebih muda hanya dengan perkenalan dalam tempoh singkat.

Sesungguhnya jodoh adalah rahsia Allah SWT dan siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan.

Baru-baru ini, tular satu video di laman aplikasi TikTok mengenai seorang ibu tunggal yang menceritakan kisah rumah tangganya yang baru saja dibina bersama suami yang jauh lebih muda.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Suami muda 9 tahun dan sering bergaduh di awal perkenalan, akhirnya bersyukur ditemukan jodoh

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Mawar Tajudin, dia menceritakan serba sedikit tentang perkahwinannya bersama suami kedua yang muda 9 tahun darinya.

"Pahit di awal perkenalan kami, bergaduh tanpa henti. Aku ibu tunggal anak satu, aku 37 dan dia 28 tahun. Akhirnya penerimaan keluarga dia buat aku betul-betul terharu. Perjuangan kami berjaya, ni baru betul cinta selepas kahwin," katanya.

Video Mawar telah mendapat perhatian ramai sehingga mencecah 315.7K views, 15.3K likes serta 384 shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut bahagia melihat rumah tangga yang dibina Mawar bersama suami barunya itu.

Malah, rupa-rupanya ramai yang senasib dengan Mawar iaitu mendapat suami lebih muda daripada mereka. Mereka juga meminta doa supaya rumah tangga yang dibina berkekalan selamanya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alhamdulillah, kami tumpang bahagia untuk sis Mawar, semoga bahagia hingga ke jannah ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: