seismik

“Bapak Tinggi!” - Curi Tumpuan Netizen Di TikTok, Lelaki 200CM Ini Terima Pelbagai Reaksi

"Muat tak dalam lift?" - Netizen.

Cover image via @5yazwi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai tubuh badan yang tinggi sudah pastinya akan selalu menjadi perhatian orang ramai

Iyalah mana tidaknya, biasanya ketinggian orang Malaysia yang kita pernah lihat adalah antara 170CM hingga 175CM.

Tetapi berbeza pula dengan video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki setinggi 200CM mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berjalan seorang diri di KLCC dan digelar Kwang Soo Malaysia gara-gara ketinggian 200CM

Menerusi video yang dimuat naik oleh Syazwi di laman TikTok milik peribadinya, kelihatan dia sedang berjalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sambil dirakam oleh kawannya.

Walaupun video tersebut nampak seperti tiada apa-apa content yang ingin disampaikan, namun ketinggiannya saja sudah berjaya meraih perhatian netizen.

"I had a friend around the height as you, Ya Allah terasa kenit ye diri sebelah dia" - Netizen

Video Syazwi tular sehingga mendapat 304.1K tontonan, 31.3K tanda suka serta 873 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut speechless melihat ketinggiannya yang sangat jarang dilihat oleh orang Malaysia. Malah, ramai yang ingin tahu saiz kasut dan seluar Syazwi kerana pasti sukar untuk mendapatkannya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuh, tinggi betul ni. Kalau lalu sebelah mesti rasa macam kerdil je :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: