seismik

Tular Video Atlet Ini Join Acara Lumba Lari, Tapi Penamatnya Pula Bikin Ramai Bingung

Mana dia pergi?

Cover image via @cringemalaysian (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumba lari merupakan salah satu acara sukan yang paling popular dan digemari ramai sejak zaman sekolah lagi

Antara acara balapan yang menjadi rebutan kemenangan dalam kalangan atlet adalah larian 100 meter (M)

Hal ini kerana peraturannya yang mudah iaitu hanya perlu lari pecut sehingga ke garisan penamat menjadikan acara larian 100M ini digemari para atlet.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila salah seorang atlet yang bertanding dalam acara lumba lari mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hilang dari pandangan sebaik saja menang di garisan penamat

Menerusi rakaman berdurasi 23 saat yang dikongsi oleh akaun @cringemalaysian, kelihatan enam orang atlet sedang bertanding lumba lari.

Namun sebaik saja tiba di garisan penamat, pemenang acara tersebut secara tiba-tiba tersungkur jatuh dan terus hilang dari pandangan.

Dia terperosok ke dalam kawasan luar trek tersebut dan membuatkan atlet lain terus menjenguk dan mencari di mana dia berada.

"Dah lah penat berlari, dah menang kena kidnap dengan Pennywise pula" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini meraih 425.5K views, 13K retweets, 14.5K likes serta 1.7K quote tweets di Twitter, rata-rata warganet turut naik hairan ke manakah perginya atlet itu.

Malah, ada yang turut merasa terhibur dan tidak dapat menahan ketawa selepas melihat video berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Kesian pula tengok dia jatuh macam tu, tapi masalahnya lawak pun ya juga :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: