Tular Video Proton Wira Ini Cuba Ambil Kesempatan Guna 'Siren Bomba' Untuk Elak Jammed
Mana common sense?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siren bomba, ambulans atau polis hanya akan dibunyikan sekiranya berlaku kecemasan di sesuatu kawasan
Kebiasaannya jika kita dengar saja bunyi siren itu, semua kereta akan cepat-cepat memberikan laluan kepada kenderaan tersebut itu lalu bukan?
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sebuah Proton Wira dikatakan mengambil kesempatan atas bunyi siren bomba gara-gara nak elak jammed dan membuatkan ramai naik angin.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bertindak halang van bomba untuk lalu dan selamba mengambil kesempatan atas kereta lain yang memberikan laluan
Menerusi rakaman dari dashcam van bomba itu, pemandu Proton Wira tersebut dilihat bertindak mengambil kesempatan apabila siren berbunyi.
Sewaktu kenderaan lain memberikan laluan untuk bomba lalu, pemandu tersebut secara tiba-tiba berada di depan van bomba dan meneruskan perjalananannya melepaskan diri dari kesesakan lalu lintas.
Perkara itu telah menimbulkan kemarahan anggota bomba yang memuat naik video berkenaan di laman TikToknya dengan kapsyen "tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini".
"Obviously kereta tu ambil kesempatan bukan nak tolong. At the first place dia boleh je ke tepi kiri and bagi laluan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 2.6M tontonan, 207.6K tanda suka serta 4.9K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut naik angin dan merasa geram selepas melihat aksi selamba pemandu Proton Wira tersebut yang seolah-olah mementingkan diri dan tiada common sense.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: