"Mak Perhati Dari Pintu Bilik" - Lelaki Ini Spontan Bertinju Lepas Kantoi Pakai Lipstick
Kelakar tengok bila dia ternampak mak dia tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, lelaki berperwatakan lembut bukanlah satu perkara asing lagi pada zaman sekarang
Sayangnya, kebanyakan daripada mereka mempunyai wajah yang tampan dan memang nampak seperti lelaki sejati jika dilihat dari luaran.
Namun, mungkin mereka ada sebab tersendiri kenapa memilih untuk jadi seperti wanita bukan? Malah, tidak dapat dinafikan bahawa kalau mereka make up memang cantiknya kalah orang perempuan.
Tetapi, berbeza pula dengan video seorang lelaki dari Thailand yang viral di TikTok baru-baru ini apabila rahsianya menjadi lembut hampir terkantoi dengan ibunya.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Baru je pakai lipstick, terkejut nampak mak dekat pintu bilik terus acah-acah tengah bertinju
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lookball999, kelihatan dia sedang memakai lipstick sambil mengikat bajunya ke atas sehingga nampak pusat.
Apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja dia menoleh ke belakang, dia terkejut kerana hampir kantoi dengan ibunya yang sedang menjenguk dari pintu bilik untuk melihat aktiviti si anak.
Lelaki itu terjerit kecil dan pantas menarik bajunya ke bawah sambil membuat aksi tinju seolah-olah sedang berlatih untuk perlawanan.
"I can't stop laughing, kalau kantoi macam ni aku rasa aku tak keluar bilik setahun" - Netizen
Video lelaki itu telah berjaya meraih sehingga 9.5M tontonan, 1.6M tanda suka serta 37.8K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas melihat aksinya yang mencuit hati itu. Malah, ada juga yang berkata nasib baik dia terselamat daripada pengetahuan ibunya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: