Saja Cari Pasal, Cara Si Kecil Ini Bergurau Send Voice Note Dekat Ayah Buat Ramai Terhibur
Mesti ayah dia tahan geram je kat office.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila semakin membesar, anak-anak sudah mula petah berkata-kata sehingga kadangkala ayat mereka boleh mengundang dekah
Lenggok dan suara comel mereka pasti akan dirindui oleh para ibu dan ayah. Disebabkan itulah, setiap momen tersebut perlu dirakam dan disimpan sebagai kenangan.
Sama seperti sebuah video tular ini apabila seorang kanak-kanak mencari pasal dengan ayahnya melalui voice note di WhatsApp mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tanya ayah buat apa, sempat pula cari gaduh
Menerusi perkongsian video daripada @ayu_amran, kelihatan anaknya sengaja bertanyakan keadaan ayahnya di pejabat melalui hantaran voice note.
Apa yang membuatkan ramai ketawa adalah apabila suara si kecil itu yang comel petah berkata-kata seperti orang besar dan siap mencari pasal dengan bertanya 'apahal' kepada ayahnya.
"Betul-betul cari gaduh dengan ayah dia tu hahaha comelnya suara dia, mesti hilang penat ayah dia kerja sebab dengar suara anak dia melawak" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 596.8K views, 49.8K likes dan 2.2K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak itu bergurau dengan ayahnya. Malah, ada yang meminta doa di ruangan komen agar dikurniakan zuriat juga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: