seismik

[VIDEO] Mamat Hitam Manis Ini Jadi Fenomena Di TikTok Gara-Gara Bergoyang Di Traffic Light

"Aku nak lock yang belakang tu, yang depan ramai sangat nak" - Warganet.

Cover image via @ayah_amin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

TikTok sememangnya menjadi aplikasi kegemaran ramai pada masa ini

Pelbagai jenis video yang dapat kita lihat, antaranya tarian, lakonan, nyanyian, perkongsian tips berniaga dan macam-macam lagilah.

Namun, lain pula dengan sebuah video viral ini apabila gelagat seorang pemuda di traffic light menjadi tumpuan para wargamaya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Sempat menari bila dengar kereta sebelah pasang lagu kuat-kuat

Menerusi rakaman berdurasi 13 saat itu, kelihatan seorang pemuda yang membonceng kawannya itu sedang berhenti di traffic light.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pemuda itu spontan menari dan menggoyangkan kepalanya sebaik saja dia mendengar lagu yang dipasang oleh kereta sebelah mereka.

Aksinya itu dirakam oleh pemilik kereta tersebut dan telah berjaya meraih lebih empat juta tontonan di laman TikTok.

"Nampak tak dekat sini, yang gelap lagi menawan" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 4.4M tontonan, 377.7K tanda suka serta 13K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan aksi spontan pemuda itu dan ramai yang cair melihat wajah hitam manisnya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Amboi, bukan main lagi korang ya. Pantang nampak yang 'helok' sikit :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: