seismik

[VIRAL] Rakam Aksi Berbahaya Di Atas Signboard IKEA, Ramai Gayat Tengok Video Pemuda Ini

Auto kecut perut oi!

Cover image via @faizpaehh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang meminati sukan ataupun aktiviti ekstrem, sudah pasti anda biasa melihat sukan parkour bukan?

Seperti mana yang kita tahu, sukan esktrem itu agak berbahaya dan bukan calang-calang orang boleh melakukannya jika tiada latihan dan pantauan yang ketat.

Hanya mereka yang sudah dilatih dan profesional saja berani membuat parkour di tempat-tempat tinggi dan berisiko.

Sama seperti sebuah video yang viral di TikTok ini memaparkan seorang pemuda merakam dirinya berdiri di atas signboard IKEA mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@faizpaehh

Once you become FEARLESS life become LIMITLESS ##FaizPaehh ##CrimeBitesParkour

original sound - FaizPaeh

Selamba berdiri dan lepak atas signboard IKEA, siap rakam guna drone

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemudah bernama @faizpaehh, dia yang merupakan seorang pro parkour freerun dilihat sedang merakam dirinya berada di atas signboard IKEA.

Apa yang membuatkan ramai kecut perut dan gayat adalah apabila rakaman itu menunjukkan betapa tingginya signboard tersebut dan pemuda itu dengan selamba duduk sambil menikmati makanannya.

Tambahan pula dengan effect drone yang jelas memaparkan pemandangan di sekeliling signboard itu, menambahkan lagi rasa gerun.

"Bayangkan dah turun tengok-tengok lupa record, auto berzikir member haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sehingga 1.6M views, 176K likes dan 2.7K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut merasa gayat dan ingin tahu bagaimana pemuda itu boleh naik sampai ke atas signboard berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tengok banyak kali pun tetap rasa cuak :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: