Lelaki Ini Kongsi Kecanggihan Klinik Kerajaan Di Dubai, Komen Netizen Pula Menghiburkan
"Kalau kat Malaysia, tak sampai sejam robot tu dah hilang" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Satu ketika dulu, kita semua pernah dikhabarkan Malaysia bakal menghasilkan kereta terbang apabila tiba tahun 2020
Namun, kini sudah masuk ke tahun 2021 tetapi negara kita masih belum mencapai tahap kecanggihan seperti di negara Jepun dan Dubai.
Jadi, tidak hairanlah ramai di antara kita terkesima melihat betapa canggihnya teknologi di negara lain berbanding Malaysia betul tak?
Sama seperti video yang viral di TikTok baru-baru ini apabila seorang usahawan Malaysia berkongsi mengenai kecanggihan klinik kerajaan di Dubai mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Kongsi sistem canggih di klinik kerajaan Dubai, semuanya menggunakan sistem robot
Menerusi perkongsian video daripada Irfan Khairi yang sudah lama menetap di Dubai, dia menunjukkan bagaimana klinik kerajaan di sana menyediakan perkhidmatan kepada pesakit mereka.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah klinik di sana menggunakan robot sebagai alat utama sistem mereka.
"Harini saya kena buat medical check up dan saya nak tunjuk anda klinik di Dubai. Masuk je ada robot memberi salam dan memberi anda nombor giliran"
"Angka giliran akan keluar dekat skrin besar di ruang menunggu. Kat sini, robot-robot adalah pembantu kepada doktor menghantar darah ke makmal. Comelnya robot-robot ni!"
"Dan saya akan duduk di sini, kerusi dia macam telur. Sambil tunggu nombor giliran dipanggil, boleh juga order coffee. Yup, percuma je! Bila dah order, robot pun hantar coffee. Percaya tak, ini adalah klinik kerajaan. Sambil tunggu doktor, kita mengopi dulu," katanya.
"Kalau dekat Malaysia takda robot hantar kopi tapi ada mesin kopi. Kena masuk duit sendiri kadang-kadang tak keluar kena tendang baru dapat kopi" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 4M tontonan, 524.8K tanda suka dan 19.9K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terpesona dengan kecanggihan klinik di Dubai itu.
Malah, ramai yang sempat berseloroh jika Malaysia membuat sistem seperti itu, confirm tak sampai dua hari robot dah rosak.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: