seismik

"Power Gila" - Fasih Bercakap Dalam 7 Bahasa, Gadis Ini Berjaya Bikin Ramai Terpukau. Wow!

Best tengok cara dia speaking semua bahasa tu, so fluent!

Cover image via @saidah.salim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kita digalakkan untuk belajar bahasa negara lain dengan tujuan meluaskan lagi ilmu pengetahuan

Sebab itulah kita belajar third language di universiti betul tak? Tetapi, bukan mudah untuk membiasakan diri bercakap bahasa lain ini. Hanya mereka yang betul-betul ingin belajar saja boleh menguasai tiga bahasa serentak.

Namun, berbeza pula dengan seorang gadis Malaysia yang menetap di Switzerland ini apabila videonya fasih bertutur tujuh bahasa viral beberapa hari lalu di TikTok menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Bukan saja cantik, malah pandai bercakap macam-macam bahasa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saidah.salim dengan kapsyen "I'm still learning", kelihatan gadis itu menjawab soalan daripada salah seorang followers di TikToknya yang ingin tahu bahasa apa yang dia mahir bercakap selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah apabila gadis tersebut begitu fasih bercakap enam bahasa dari negara lain iaitu Swiss German, German, France, China dan Italy.

Malah, Saidah juga dilihat tidak kekok berbahasa Malaysia walaupun sudah menetap di sana sejak lahir lagi.

"OMG bestnya boleh cakap banyak bahasa, paling best Italy! Macam Vincenzo" - Warganet

Susulan tularnya video Saidah yang kini telah berjaya meraih hampir 1M views, 165.9K likes dan 2.6K shares di TikTok, rata-rata warganet turut kagum melihat kefasihan gadis berkenaan bercakap pelbagai bahasa.

Malah, dia juga mendapat perhatian daripada pengacara dan personaliti televisyen terkenal di Malaysia iaitu Ahmad Fedtri Yahya yang mengatakan Saidah boleh menjadi legasi arwah Dato Mahadzir Lokman.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tiba-tiba teringin nak belajar semua bahasa ni lepas dengar dia cakap. You're amazing, girl! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: