seismik

[VIDEO] Customer Suruh Ketuk Pintu & Lari, Aksi Abang foodpanda Ini Buat Netizen Terhibur

Sempat lagi dia setting camera tu, effort A+!

Cover image via @anasmansor99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan, sudah pasti banyak ragam pelanggan yang akan dihadapi

Kalau dapat pelanggan yang cerewet itu satu hal, tambahan pula jika mereka memberikan macam-macam arahan. Pening kepala dibuatnya.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video di TikTok ini apabila seorang rider foodpanda mencuri tumpuan ramai gara-gara menunaikan permintaan customernya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Customer suruh ketuk pintu dan lari, tak sangka betul-betul dia buat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anasmansor99, kelihatan dia mendapat order daripada pelanggannya yang duduk di sebuah kawasan rumah flat.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila customernya itu sempat memberikan nota pada pesanan itu di mana dia perlu mengetuk pintu rumah sebaik saja meletakkan makanan dan terus berlari.

Lebih melucukan lagi, abang foodpanda itu dengan rela hati menyahut pesanan daripada customer tersebut dan menunaikan permintaannya.

"Comel la lari ikut customer punya permintaan, perangai haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 673.9K views, 95.8K likes dan 3.8K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi abang foodpanda itu yang siap berlari sampai bawah flat sehingga hampir terlupa dia menunggang motor pada awalnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak salah pun nak menghiburkan diri time kerja betul tak? Janji ikhlas :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: