seismik

"No Order Bila Lockdown" - Gelagat Rider foodpanda Main Hujan Ini Curi Tumpuan Ramai

Tak tahu nak sedih ke nak gelak ni.

Cover image via @syahrywth (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan ada masanya agak mencabar

Kadangkala, mereka terpaksa duduk tersadai di tepi jalan sementara menunggu order masuk. Sudah pastinya pekerjaan ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi demi mencari rezeki.

Namun, berbeza pula dengan sebuah rakaman di TikTok yang tular baru-baru ini apabila sekumpulan rider foodpanda bermain hujan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Pasrah tak ada order masa lockdown, sempat main hujan hiburkan hati

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syahrywth, kelihatan dia dan beberapa orang kawannya pasrah kerana tidak menerima sebarang order semasa lockdown.

Geng rider foodpanda yang hanya menunggang basikal itu dilihat cuba menghilangkan bosan dengan bermain hujan di kaki bangunan berhampiran jalan raya utama.

Apa yang lebih menghiburkan, mereka begitu sakan bermain hujan sampai ada yang membuat aksi slide dan berguling di lopak air.

"Punyalah aku tak nak order makanan time hujan sebab kesian nanti sakit ke apa, tengok-tengok diaorang yang seronok main hujan haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 1.3M views, 239.3K likes dan 5.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka yang masih bergembira walaupun tiada order.

Malah, ramai yang mendoakan agar rezeki mereka diperluaskan dan dipermudahkan segala urusan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kemain lagi yang sorang tu siap berguling main air ya, tak apalah yang penting enjoy! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: