seismik

"Jangan Bercinta Bagai Nak Rak" - Remaja Ini Bagi Nasihat, Tapi Endingnya Pula Plot Twist

Tak expect ayat tu yang keluar. Lawak!

Cover image via @mir_acan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok kini merupakan platform ramai orang untuk berkongsi bakat dan juga pelbagai tip yang berguna

Tidak terkecuali, ada juga di antara TikToker yang dijadikan inspirasi berkaitan soal cinta kerana memberikan tips-tips bagi pasangan di luar sana.

Namun, lain pula yang berlaku apabila seorang remaja lelaki ini cuba memberikan nasihat tentang cinta tetapi penghujung videonya yang mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lijat video penuh itu di bawah:

@mir_acan

Amir pok ergh berdrama enjoyy it

original sound - apexxyankieee

Bagi nasihat buat pasangan jangan bercinta bagai nak rak, sekali endingnya buat ramai speechless

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mir_acan, dia dilihat cuba memberikan nasihat kepada pasangan yang bercinta di luar sana.

Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila dia sempat menyelitkan plot twist di akhir video tersebut sehingga membuatkan ramai berdekah.

"Jangan bercinta bagai nak rak, sebab kita tak tahu rak apa yang dia guna. Kot kot dia pakai rak lu pape roger, dah termenung," katanya.

Bukan itu saja, remaja lelaki itu juga berlakon berlari dan terjatuh sambil menyelitkan lagu sedih untuk menunjukkan lagi mood dramatik menerusi video berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih sehingga 1.1M views, 205.3K likes dan 18.9K shares di TikTok

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat lakonan remaja lelaki tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan caranya jatuh itu tidak ubah seperti dalam babak drama Tamil.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Baru nak serious dengar nasihat dia, sekali terdiam terus. Tapi logik juga ayat tu sebenarnya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: