x

seismik

[VIDEO] Bergurau Ejek 'Topi Terbang' Sebab Muka Abang Gelap, Tak Sangka Ending Plot Twist

Tengok tiga kali baru faham, tapi serius lawak!

Cover image via @riza_inah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tahun ini sekali lagi kita menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di rumah akibat pandemik Covid-19 yang masih belum reda

Bagi mereka yang mempunyai keluarga kecil, sudah tentu merasa bosan dan rindukan sanak saudara yang jauh di negeri lain kerana tidak dapat berjumpa dan beraya bersama-sama.

Namun, anda sangat beruntung jika mempunyai adik-beradik yang ramai kerana suasana pasti akan riuh di pagi raya terutamanya ketika ingin bergambar satu keluarga.

Tetapi, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia mencari pasal dengan abangnya semasa sesi bergambar bersama keluarga menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@riza_inah

awk selalu jd mgsa bulikh dlm adk brdik?me: yaahhh sa mngsa.....parents n siblings

bunyi asal - Marjinah Juin

Baru nak bergambar, sekali tak pasal-pasal kena seret dengan abang sebab 'bahan' muka gelap dan samakan dengan topi terbang

Menerusi video yang dimuat naik oleh Marjinah Juin di laman TikToknya, kelihatan dia ketika itu sedang bergambar bersama seluruh ahli keluarganya di pagi raya pertama.

Namun, Marjinah dengan spontan berkata kepada salah seorang abangnya "ada topi terbang" kerana si abang berwajah gelap dan dari jauh hanya nampak kopiahnya yang berwarna putih itu saja.

Si abang kemudian pantas mengheret kaki adiknya itu keluar daripada frame camera gara-gara geram dibahan seperti itu. Manakala, adik beradik mereka yang lain hanya mampu ketawa melihat gelagat mereka berdua.

Namun, itu hanyalah gurauan mereka kerana Marjinah dilihat sempat mentertawakan abangnya lagi walaupun kaki diseret. Si abang pun dilihat turut ketawa kerana mungkin sudah biasa dibahan oleh adiknya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 3 juta tontonan, 165,400 tanda suka dan 2,874 perkongsian di TikTok

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video tersebut kerana ramai yang boleh relate dengan situasi seperti itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok dapat adik-beradik sporting macam ni. Kena bahan pun boleh gelak lagi :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: