seismik

[VIDEO] Kantoi Main Game Dekat Phone, Tapi Cara Si Anak 'Menjawab' Ini Pula Curi Tumpuan

Banyak akai tau Yaya ni!

Cover image via @frrzz_99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal dengan si cilik comel bernama Yaya yang semakin popular di media sosial

Baru-baru ini, Yaya sekali lagi mencuri perhatian dan membuatkan ramai geram gara-gara pandai menjawab dengan ayahnya selepas terkantoi bermain game di telefon.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Confident tak mengaku main game dekat handphone, bila dah kantoi tersengih-sengih cover malu

Menerusi video yang dimuat naik oleh ayah Yaya ataupun dipanggil sebagai Abi, kelihatan si comel itu sedang cuba mengelak untuk mengaku soalan yang ditanya Abinya.

Apabila si ayah bertanya sama ada anaknya ada bermain game di telefon semasa berada di rumah atuknya, Yaya pantas menjawab “tak” beberapa kali sebelum mula cuak apabila Abinya mengugut nak call Tokcu.

Namun apa yang menghiburkan adalah apabila akhirnya Yaya serba salah dan mengaku perbuatannya itu sambil tergelak akibat malu terkantoi dengan si ayah.

“Gigit kuku sambil fikir mampuih la kantoi kalau Abi betul-betul call Tokcu” - Netizen

Video berkenaan sehingga kini meraih 850.8K views, 92.4K likes dan 3.2K shares di TikTok.

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah Yaya menjawab dan terkantoi dengan ayahnya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pernah tak comel tau Yaya ni, ada je 'akai' dia. Teruskan menceriakan hari-hari aunties dan uncles okay! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: