seismik

[VIDEO] Telatah Kanak-Kanak 'Berleter' Dalam Loghat Utara Ini Raih Perhatian Netizen

Cara cakap tu macam orang besaq naa!

Cover image via @frrzz_99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai anak yang petah bercakap sememangnya dapat menceriakan hari-hari kita sebagai ibu bapa

Mana tidaknya, kadangkala ayat yang keluar daripada mulut mereka tidak dapat dijangka. Tambahan pula jika mereka masih kecil tetapi bercakap seperti orang dewasa. Comel bukan?

Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak perempuan ini apabila videonya berborak dengan si ayah sambil berleter dalam loghat utara mencuri tumpuan netizen di laman TikTok baru-baru ini.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak puas hati ramai orang dekat McD, sempat 'beletiaq' panjang lebar

Video berdurasi 58 saat yang dimuat naik oleh @YAYA_Translators memaparkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Yaya itu sedang berbual dengan ayahnya di dalam kereta.

Apa yang membuatkan video tersebut tular adalah cara Yaya bercakap dengan ayahnya sebiji macam orang dewasa dan seolah-olah tidak padan dengan umurnya yang masih kecil.

Malah, si kecil itu berjaya mencuit hati ramai gara-gara loghat utaranya yang sangat pekat. Hal itu terjadi mungkin kerana kedua-dua ibu bapanya berasal dari sana sehingga membuatkan dia terbiasa bercakap sebegitu.

Ketika artikel ini ditulis, video Yaya telah mencecah sehingga 468.7K views, 45.4K likes dan 1.7K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan si cilik itu.

Malah, ada yang sempat bergurau ingin mencari jodoh orang utara sebab nak anak petah bercakap macam Yaya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai comel sangat awak ni dik, terus stalk TikTok awak sebab tak boleh move on :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: