Tular Video Cashier Ini Kena Prank Duit ‘Short’ RM5K, Auto Menangis Sampai Terpukul Member
Mahunya tak gelabah, banyak tu RM5,000!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bekerja sebagai seorang cashier bukanlah senang kerana diamanahkan untuk menjaga mesin duit cash dengan jumlah yang banyak
Apatah lagi kalau memerlukan pertukaran syif dengan pekerja lain, setiap cashier perlu memastikan duit di dalam kaunter cukup tanpa ada sebarang short.
Jika tidak, terpaksalah bertanggungjawab menggantinya dengan duit sendiri. Namun, berbeza pula dengan situasi yang dihadapi gadis ini apabila dia diprank oleh rakan sekerjanya dan mencuri perhatian warganet di TikTok.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Spontan pukul member dan menangis bila tahu ken prank duit dekat kaunter short RM5,000
Menerusi video yang dimuat naik oleh Khaisal Iyiyi, dia telah membuat prank kepada kawan perempuannya dengan mengatakan duit cash di kaunter kedai mereka bekerja tidak cukup sebanyak RM5,000.
Gadis itu kelihatan sangat cuak kemudian terus menekan calculator beberapa kali untuk mengira semula duit di dalam mesin tersebut.
Selepas beberapa saat kemudian, lelaki berkenaan menjerit sambil menunjuk ke arah kamera dan berkata "kamu kena prank!" kepada gadis itu.
Akibat terkejut dan malu, gadis itu pantas memukul lelaki berkenaan beberapa kali sebelum menangis. Dia kemudiannya ditenangkan oleh seorang lagi rakan sekerjanya.
"Saya pernah short RM50 pun rasa nak nangis, yang pernah kerja kaunter je faham" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini meraih 175.7K tontonan, 8,769 tanda suka dan 284 komen di TikTok, rata-rata warganet turut merasa simpati melihat gadis itu diprank oleh kawan-kawannya.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bekerja sebagai cashier pernah short duit sedikit pun sudah menggelabah dan menangis.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: