"Senang Nak Cebok" - Lelaki Ini Beli Baju Melayu Raya, Sekali Senteng Sebelah Pula. Lawak!
Rare sangat ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada di antara anda yang pernah mengalami situasi tempah baju raya dengan tukang jahit bermasalah bukan?
Elok-elok semangat nak pakai baju raya baru, sekali ada pula yang tidak kena pada baju seperti saiz tersilap ukur di bahagian pinggang, tukang jahit tidak ikut design apa yang diminta dan sebagainya.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila ciapannya di Twitter tular gara-gara dia memuat naik sekeping foto dengan kapsyen "mana lagi separuh lengan baju melayu abang pah?" mencuri tumpuan netizen.
Lihat ciapan penuh itu di bawah:
Beli baju raya dah siap, tak sangka pula lengan pendek sebelah
Menerusi ciapan daripada @abubxr, dia baru saja membeli baju Melayu rayanya yang berwarna emerald green.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila lengan baju Melayu itu pendek di sebelah kiri sehingga nampak separuh pergelangan tangannya.
Perkara itu sekali gus membuatkan baju Melayu tersebut kelihatan pelik kerana singkat di sebelah kiri. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila lelaki itu menerima pelbagai komen lucu daripada netizen.
"Kalau time beli dapat diskaun mungkin ni la sebabnya haha" - Netizen
Susulan tularnya ciapan berkenaan yang kini meraih sebanyak 16K retweets, 20.7K likes dan 1.2K quote tweets, rata-rata netizen turut terhibur melihat foto tersebut.
Malah, ada yang berkata baju Melayu itu dijahit pendek sebelah dengan tujuan supaya senang nak basuh pinggan semasa hari raya nanti.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Aduhai, lawak memang lawak. Masalahnya tukang jahit tu sedar tak time dia tengah buat baju Melayu tu? :D