seismik

[VIDEO] Gigih Kejut Bini Sahur, Sekali Si Suami Terkejut 'Beruk' Kena Sergah Dari Belakang

Melompat terus dia.

Cover image via @fatinafiqa93 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gurau senda dalam rumah tangga itu perlu untuk mengeratkan kasih sayang antara suami isteri

Lain orang lain cara gurauannya. Ada pasangan yang selesa bergurau kasar, ada juga yang suka bergurau manja.

Namun, berbeza pula dengan video tular di laman TikTok ini apabila seorang lelaki melompat gara-gara terkejut disergah dari belakang pintu semasa ingin mengejutkan isterinya bangun sahur mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Balik kerja nak kejut isteri bangun sahur, sekali melompat disergah dari belakang pintu bilik

Menerusi video perkongsian daripada Fatin Afiqa, kelihatan suaminya baru balik dari kerja awal pagi dan terus menuju ke bilik mereka untuk mengejutnya bangun sahur.

Apa yang mengejutkan adalah apabila si suami pelik mendapati isterinya tiada di atas katil. Kemudian, si isteri menyergahnya dari belakang pintu bilik mereka sehingga lelaki itu melompat terkejut.

Ternyata, idea untuk menyakat si suami menjadi sebaik saja melihat reaksi mukanya yang sangat terkejut. Lelaki itu spontan ingin membaling selimut ke arah isteri kerana ketawakannya.

"Nasib tak terbang abang tu, hahaha sampai terangkat kaki kena sergah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 780.6K views, 57.7K likes serta 1K shares di TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi terkejut suami wanita itu yang lucu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jaga-jaga sis, cik abang dah pasang plan nak balas dendam tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: