"Auto Patah Balik" - Suami Tak Basuh Cawan Lepas Minum, Isteri Cincang Sayur Sambil Jeling
Mesti ramai boleh relate kan?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam kehidupan berumah tangga, sikap tolak ansur dan bekerjasama mengemas rumah sesama suami isteri itu sangat penting
Bukan apa, hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada salah seorang merasa terbeban kerana terpaksa mengemas rumah seorang diri tanpa bantuan si suami mahupun isteri.
Tambahan lagi jika kedua-duanya bekerja, sudah pasti cepat penat dan mudah stres jika urusan rumah tangga tidak diuruskan dengan betul.
Oleh itu, setiap pasangan haruslah sama-sama melakukan kerja rumah. Seperti contoh, jika isteri sudah memasak, suami pula tolong basuh pinggan.
Berbeza pula dengan video yang viral di TikTok ini apabila gelagat sepasang suami isteri di dapur mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami tak basuh cawan lepas minum, isteri cincang sayur kuat-kuat sambil jeling bagi hint
Menerusi video daripada @fatmasariz, kelihatan dia sedang memotong sayur di dapurnya sebelum memasak. Kemudian, suaminya datang membawa secawan air dan meletakkan di singki.
Apa yang membuatkan si isteri naik angin adalah apabila suaminya hanya membasuh tangan dan membiarkan cawan itu tidak dibasuh.
Sebaik saja si suami ingin keluar dari dapur, wanita itu pantas mencincang sayur dengan bunyi yang kuat sebagi tanda memberikan hint kepada suaminya untuk membasuh cawan di tepi singki itu.
Si suami yang seperti faham dengan bunyi tersebut terus pantas berpatah balik ke dapur serta membasuh cawan dengan reaksi muka cuak dan tertekan.
Ramai dapat relate dengan video itu dan bersetuju kebanyakan suami malas nak basuh cawan dan pinggan walaupun itu kerja mudah
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 9 juta tontonan, 699,500 tanda suka serta 11,100 perkongsian di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan itu. Malah, ada juga yang berkongsi rasa geram apabila suami mereka pun malas nak cuci cawan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: