seismik

[VIDEO] Pemuda Ini Tengah Khusyuk Laungkan Takbir Raya, Tapi Hujungnya Lain Pula Yang Jadi

Lawak paling legend!

Cover image via @farhanhasnan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali menjelangnya pagi raya, kita dapat lihat pelbagai ragam dan momen lucu yang terjadi

Sama juga seperti sebuah video tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda tersilap laungkan takbir raya mencuri perhatian dan mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tengah khusyuk laungkan takbir raya, tiba-tiba tersasul di hujung masuk doa Iftitah pula

Menerusi video perkongsian daripada Farhan Hasnan, kelihatan pemuda itu sedang melaungkan takbir raya bersama jemaah lain yang sedang menghayati suara merdunya.

Namun, sebaik saja tiba di penghujung ayat, dengan tidak semena-mena dia tersalah baca doa Iftitah dan sekali gus membuatkan semua jemaah di situ gelak sakan.

Pemuda itu sempat menoleh ke arah jemaah di sebelah kanannya sambil berkata "eh salah la!" dan spontan gelak berguling akibat malu dengan situasi tersebut.

"Aku dok fefeeling dengar takbir raya nak bergenang air mata jadi macam ni pulak, potong la hahaha" - Netizen

Video itu tular sehingga kini mencecah 3.2M views, 343.6K likes dan 25.6K shares di TikTok. Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan.

Malah, ada penonton dalam kalangan bukan Muslim juga merasakan ada yang tidak kena semasa pemuda itu tersilap ayat ketika melaungkan takbir kerana mereka sering mendengar azan raya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Serious lawaklah kau bro! Tapi takpa itu semua kenangan raya sampai ke tua mesti akan ingat that moment :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: