seismik

"Rentas Pagar Pun Tak Lepas Ni" - Lelaki Ini Termenung Polis Buat Roadblock Depan Rumah

"Pishang weh" - Netizen.

Cover image via @HermyRahim (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara telah dilaksanakan sehingga 14 Jun

Seperti biasa, kita semua tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri untuk mengekang wabak penularan Covid-19 yang dilihat semakin lama semakin membimbangkan.

Namun, tular pula kisah sedih ringkas baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki berkongsi situasi yang berlaku di depan pagar rumahnya membuatkan dia termenung mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Polis buat roadblock depan rumah, buat lawak nak rentas pagar pun tak lepas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @HermyRahim dengan kapsyen "bukan kata nak rentas daerah atau negeri, nak rentas pagar pun tak lepas macam ni", kelihatan dia sedang berdiri termenung di depan pagar rumahnya.

Rupa-rupanya, dia sedang melihat polis yang membuat sekatan jalan raya di kawasan depan rumahnya itu. 

Apa yang lebih menghiburkan orang ramai adalah cara dia berdiri di depan pagar sambil memerhatikan polis berkenaan seperti sedang termenung sangat mencuit hati.

"No need guard house, free free dapat polis jaga area rumah haha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah 233.1K views, 17.7K retweets dan 17.5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat reaksi lelaki berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tak tahu nak kesian ke nak gelak, sebab cara dia termenung tu macam pasrah sangat :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: