x

seismik

[VIDEO] Bawak Motor Tersodok Pagar Rumah Orang, Budak Ini Panik Minta Tolong Tuan Rumah

Aduh, pagar mahal tu.

Cover image via @hellokelantan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, menunggang motor tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang jalan raya

Terutamanya bagi kanak-kanak bawah umur yang teruja ingin menunggang motor walaupun tahu mereka belum layak untuk mengambil lesen.

Sekiranya tidak diawasi oleh ibu bapa, ia boleh mendatangkan risiko tinggi dan boleh menyebabkan kemalangan tidak diingini berlaku.

Sama seperti sebuah video tular di TikTok ini apabila seorang kanak-kanak lelaki menunggang motor dan hilang kawalan sehingga terlanggar pagar rumah orang mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Panik tersodok pagar rumah orang sampai terpaksa minta tolong tuan rumah tarik motor

Menerusi perkongsian video daripada laman TikTok Hello Kelantan, kelihatan kanak-kanak lelaki itu membawa motosikal berwarna putih di sebuah kawasan perumahan.

Namun, mungkin dia menunggang dengan laju sehingga terlanggar pagar kayu rumah orang dan menyebabkan motornya tidak dapat dikeluarkan akibat tersangkut di celah pagar.

Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap meminta tolong tuan rumah untuk menarik motornya keluar kerana terlalu panik.

"Cuak lah tu, tak tahu nak kesian ke nak gelakkan" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang sehingga kini meraih 1.9M views, 127.5K likes dan 12.2K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pendapat masing-masing mengenai kejadian tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Jadikan pengajaran ya dik, lepas ni jangan bawak motor dah tau!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik