seismik

[VIDEO] Sakan Buat Ucapan Hari Raya, Tak Sangka Penghujungnya Pula Bikin Dekah Ramai

Cantik timing kau dik.

Cover image via @mxyxxaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti biasa setiap kali tibanya hari raya, sudah pasti akan ada pelbagai rakaman ucapan raya daripada sanak saudara dan kawan-kawan

Kita dapat lihat pelbagai kreativiti yang dilakukan oleh orang ramai melalui video ucapan hari raya mereka untuk kelihatan lebih bermakna.

Ada yang siap membawa keluar sofa ke luar rumah dan merakam ucapan bersama keluarga, ada juga yang membuat tarian di TikTok dan sebagainya.

Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan cikgu tadika membuat ucapan raya mencuri tumpuan ramai gara-gara seorang budak perempuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mxyxxaa

Dipenghujung jugak dia nak masuk Nasib sayang ##kids ##fypsekali

Oh No - Kreepa

Tengah syok buat ucapan raya, sekali muncul anak murid di penghujung video muka macam 'lost'

Menerusi rakaman yang dikongsi oleh Cik Lesung, kelihatan sekumpulan cikgu tadika sedang membuat ucapan hari raya mereka.

Namun, apa yang membuatkan ramai ketawa sakan adalah apabila tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan di hujung video tersebut dan membuatkan semua cikgu itu gelak kerana video yang dirakam tidak menjadi.

Lebih menghiburkan lagi, reaksi muka kanak-kanak itu siap ternganga seperti blur dan lost macam tidak tahu apa yang sedang terjadi.

"Adik tu be like: amende korang ni? Haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih 208.3K tontonan, 20.2K tanda suka serta 1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat muka kanak-kanak itu yang kelakar.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tengok banyak kali pun lawak! Muka dia tu main peranan betul :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: