[VIDEO] Kantoi Menangis Tengok Drama, Suami Minta Production Ambil Isteri Berlakon
Siapa lagi yang hati tisu bila tengok drama?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan, kaum wanita lebih mudah emosi berbanding lelaki jika menonton drama atau filem
Iyalah, memang lumrah orang perempuan dikenali dengan sifat hati tisu dan mudah menangis bukan? Lebih-lebih lagi jika menonton cerita sedih, automatik mengalir air mata itu.
Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki memuat naik rakaman isterinya semasa menonton drama mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Emosi layan drama sampai menangis, tak sedar suami syok rakam senyap-senyap
Menerusi video yang dikongsi oleh @ejol_jee, kelihatan dia sedang menemani isterinya menonton sebuah drama bersiri di saluran Astro Ria.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila isterinya dilihat terlalu menghayati babak sedih dalam drama tersebut sehingga mengalirkan air mata beberapa kali.
Sebaik saja menyedari aksinya itu dirakam oleh suami, wanita itu pantas menjerit "bie apa ni! jahatlah" kerana malu dirinya dirakam senyap-senyap.
"Tolong ambik wife saya berlakon, mudah sangat nangisnya," tulis suaminya di kapsyen video itu.
"Aku tengok aku pun nangis wey, laki aku tolong lap air mata" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 86.7K tontonan, 5.4K tanda suka dan 444 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu.
Malah, ramai yang dapat relate kerana mereka juga mudah menangis kalau menonton drama sedih seperti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: