Kantoi Panggil Customer ‘Sayang’, Tak Pasal-Pasal Abang foodpanda Ini Kena Hadap Mem Besar
Habislah kau bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Penghantar makanan merupakan orang paling penting untuk hantar makanan yang memuaskan craving kita pada waktu pandemik ini
Maklumlah, semua kedai makan tidak dibenarkan untuk menerima pelanggan secara dine in demi mengekang wabak Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat dan seolah-olah tiada kesudahannya.
Jadi, kita memang mengharapkan aplikasi pesanan makanan secara dalam talian saja seperti Grabfood, foodpanda, Lalamove, Bungkusit dan sebagainya untuk memesan pelbagai jenis makanan yang sedap.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang rider foodpanda ini apabila dia terkantoi dengan isteri gara-gara memanggil nama customernya 'Alia sayang' mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Customer saja bergurau letak nama 'Alia sayang', sekali kantoi pula dengan bini
Menerusi video yang dikongsi oleh @akak_kuas85, kelihatan rider foodpanda itu sedang menghantar makanan kepada salah seorang pelanggannya.
Pelanggan itu merupakan seorang gadis dan sengaja meletakkan namanya 'Alia sayang' di ruang nama penerima aplikasi foodpanda itu dengan tujuan hanya bergurau.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila video tersebut telah viral di laman For You Page (FYP) TikTok sehingga dia terkantoi dengan isterinya yang dia memanggil 'Alia sayang' dengan manja semasa membuat penghantaran makanan itu.
Lebih melucukan lagi, sebaik saja rider itu berkata kepada isterinya bahawa bukan dia di dalam video tersebut, si isteri pantas membuat mimik muka merajuk sambil berkata "jangan pedulikan aku".
"Aduh kak comel je merajuk nya, habis la rider rider foodpanda lepas ni haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.5M views, 141.1K likes dan 4.1K shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur dengan drama spontan suami isteri tersebut yang kelakar, lebih-lebih lagi reaksi si isteri yang merajuk itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: