seismik

[VIDEO] Exposed Perangai Sebenar Isteri Bila Dekat Rumah, Ramai Syak Suami Dah Lama Pendam

Lawaklah!

Cover image via @asyallieeahmad08 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam setiap rumah tangga, sudah pastinya suami isteri sudah 'makan garam' dengan perangai pasangan masing-masing

Tambahan pula jika perkahwinan itu sudah mencecah tempoh yang lama, memang macam-macam perangai pasangan kita habis terbongkar.

Bak kata orang, masa bercinta kentut pun bau wangi. Tetapi hakikatnya, itu semua mitos semata-mata dan kita akan nampak perangai sebenar pasangan apabila sudah berkahwin.

Sama seperti sebuah video tular di laman TikTok ini apabila gelagat suami kepada seorang instafamous yang melakonkan semula perangai sebenar isterinya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asyallieeahmad08

My husband turns into me for a day @eboyarbaain95

original sound - Asyalliee Ahmad

Buat challenge 'my husband turns into me for a day', habis kantoi perangai sebenar isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asyallieeahmad08, kelihatan suaminya itu melakonkan semula perangai sebenarnya apabila berada di rumah.

Antara babak lucu yang dilakonkan adalah apabila si isteri berada di dapur, menonton TV di ruang tamu, makeup di bilik tidur dan macam-macam lagi.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila kesemua lakonan suaminya itu menjadi sehingga membuatkan si isteri ketawa seolah-olah itu memang perangai sebenarnya.

"You've been exposed hard, setiap kali wife dia ketawa kuat bermakna itu true in character hahaha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenana yang kini telah meraih 1.2M tontonan, 156.2K tanda suka dan 2.7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat lakonan semula suaminya itu.

Malah, ramai berpendapat suaminya seperti sudah lama memendam perangai sebenar si isteri dan hanya menunggu masa untuk exposed kepada orang ramai.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Amboi, bukan main gedik lagi lakonan kau ya bang. Berdekah tengok! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: