seismik

Akibat Bosan PKP Lama Sangat, Suami Isteri Ini Sampai Main Buka 'Kedai Runcit' Dalam Rumah

Macam best je dapat baki banyak macam tu. Share location please!

Cover image via @therealrasrynn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ikutan keadaan pandemik kini yang dilihat masih belum reda, rakyat Malaysia masih terpaksa berkurung di dalam rumah demi membantu negara mengekang daripada wabak Covid-19

Disebabkan itu, ramai yang dilihat sudah mula memuat naik aktiviti mereka di rumah bersama keluarga seperti memasak, membuat content di TikTok dan sebagainya.

Namun, berbeza pula dengan sepasang suami isteri ini apabila mereka membuka kedai runcit dalam rumah sambil berlakon sebagai tuan kedai dan pelanggan menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@therealrasrynn

Bila laki bini tak der keje.. dan jajan kat umah penuh macam kat kedai.. dan kami laki bini berlakon macam Tuan Kedai ngan Customer ##happyme

ToK x Aki x Gatal x Bang x Skirii - Kuya Magik

Jajan dekat rumah banyak sangat, saja main jual-jual macam dekat kedai runcit

Menerusi video perkongsian daripada @therealrasrynn, kelihatan dia dan suaminya terlalu bosan berada di rumah sehingga timbul idea mereka untuk berlakon situasi seperti dalam kedai runcit.

"Bila laki bini tak ada kerja, dan jajan kat rumah penuh macam kat kedai. Kami laki bini berlakon macam tuan kedai dengan customer," katanya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia memberikan sekeping duit RM5 kepada suaminya itu untuk membeli jajan. Namun, suaminya dilihat memulangkan baki RM50 kepadanya.

Pada akhir video, wanita itu sempat memberikan mini love kepada si suami sebagai tanda terima kasih kerana mendapat pulangan duit sepuluh kali ganda.

"Bang jangan ajar macam tu, nanti ramai kaum isteri nak mintak balance macam tu. Nayaaa" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 398.4K views, 28.2K likes dan 1.4K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami isteri itu. Malah, ramai yang bertanya di mana lokasi kedai runcit mereka kerana ingin mendapat baki banyak seperti itu juga.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok juga sekali sekala luangkan masa macam ni kan, tak adalah asyik tengok TV dengan main phone je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: