seismik

Niat Nak Prank Konon 'Tangan Patah', Tak Sangka Reaksi Member Pula Plot Twist. Lawak!

Cuak sangat tu.

Cover image via @aputwisely (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi adat dalam persahabatan, mesti ada saja prank yang terlintas di kepala untuk mengenakan kawan-kawan kita bukan?

Tambahan pula jika kawan kita itu seorang yang jenis blur-blur perwatakannya, pasti lagi senang nak kenakan dia.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila cubaan untuk mengenakan kawannya berakhir dengan tragedi lain mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aputwisely

Aku taktau knp dia senyum bila org sakit?? Agak2 kalau aku lg teruk, dia gelak kot. Adab yg tak bagus @ilmanzainal & yg last tu sakit bahlol! ##fyp

original sound - aputwisely

Konon nak prank tangan patah, sekali member pula pergi buat benda lain

Menerusi perkongsian video daripada @aputwisely, kelihatan dia mengajak kawannya itu untuk berlawan tangan dan tengok siapa yang paling kuat.

Nak dijadikan cerita, dia ingin membuat prank kepada kawannya itu dengan memasukkan pasta ke dalam mulutnya dan buat-buat bunyi seperti tangan patah apabila si kawan berjaya menewaskannya.

Namun, sebaik saja terdengar bunyi 'kriuk!' dan ingatkan tangan pemuda itu betul-betul patah, kawannya mula cuak dan menggelabah mencari jalan penyelesaian.

Apa yang membuatkan ramai dekah adalah kawannya bertindak menutup mulut dan menghentak kepala pemuda itu ke meja kerana takut ibunya tahu.

"Dia takut dekat umi daripada tangan kau patah bro haha. Ingatkan risau rupanya kena smackdown!" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah berjaya mencecah 835.3K tontonan, 120.7K tanda suka dan 5.3K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat reaksi spontan kawannya itu.

Malah, ramai yang tidak menyangka dia bertindak untuk menghapuskan 'bahan bukti' berbanding menolong kawan yang konon tengah menahan sakit.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Siap hentak kepala tak tahan tu, unexpected betul! Tengok banyak kali pun masih lawak :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: