seismik

Lebih 13 Juta Views, Video Pemuda Kena 'Prank' Dekat Parking Lot Ini Buat Ramai Dekah

Sempat lagi tu kenakan kawan dia.

Cover image via @nr.ainaznir (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gurau senda bersama kawan-kawan sudah pastinya menjadi kenangan yang akan kita bawa sampai ke hari tua

Tambahan pula jika kita mempunyai kawan yang blur dan sering menjadi bahan lawak rakan-rakan lain, mesti ada saja idea nak mengenakan mereka bukan?

Sama seperti video yang viral di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan gadis membuat prank kepada dua orang kawan lelaki mereka mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja buka tingkap masa berhenti dekat parking lot, sempat kenakan mamat kereta sebelah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nr.ainaznir, kelihatan dia dan kawan perempuannya sedang berhenti di sebuah parking lot.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka cuba mengenakan kawan lelaki mereka di kereta sebelah dengan menurunkan tingkap kononnya ingin berborak.

Namun sebaik saja kawan lelaki mereka itu menurunkan tingkap, gadis tersebut spontan menaikkan semula tingkapnya dan berdekah melihat reaksi muka kawan lelaki mereka di sebelah yang seolah-olah menahan malu akibat diprank.

"Perempuan memang mudah terhibur, walaupun tak kelakar haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 13.8M views, 1.6M likes dan 6.3K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing selepas melihat video tersebut. Ada yang terhibur dan ada juga yang masih mencari di mana lawaknya rakaman itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jangan bitter sangat guys, diaorang kawan dan mungkin dah biasa gurau macam tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: