seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Cuba Nak Jadi Shah Rukh Khan, Tapi Komen Netizen Pula Undang Dekah

Adoi lawak! Senak perut baca komen sorang-sorang.

Cover image via @rahuljunior1213 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal dengan pelakon lelaki nombor satu Bollywood iaitu Shah Rukh Khan (SRK) bukan?

Lakonannya yang sangat romantis tidak kira digandingkan dengan mana-mana heroin pasti akan membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.

Malah, ramai yang menjadikan SRK sebagai idola dan cuba untuk meniru gayanya yang suka menggelengkan kepala apabila berlakon.

Sama seperti seorang lelaki dari Indonesia ini yang cuba menjadi seperti SRK telah mendapat perhatian ramai di TikTok beberapa hari lalu.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rahuljunior1213

judul nya apa ya, Instagram Rahul_aceh1810

original sound - syahrullgyan

Berlakon jadi SRK dalam salah satu babak filem Kuch Kuch Hota Hai, tapi netizen pula bagi komen lucu

Menerusi video yang dimuat naik oleh Rahul Khan atau nama TikToknya @rahuljunior1213, kelihatan dia cuba melakonkan watak SRK dalam filem Hindustan popular iaitu Kuch Kuch Hota Hai.

Lelaki itu yang dilihat menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arah kamera persis seperti SRK dalam filem tersebut ternyata berjaya mencuit hati netizen.

Video berkenaan tular sehingga kini meraih 2.8M views, 117.1K likes dan 6.1K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat lakonan lelaki itu yang cuba menjadi seperti SRK.

Malah, banyak komen lucu daripada netizen yang membuatkan ramai berdekah gara-gara mereka membahan nama 'Khan' itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sumpah terhibur baca semua komen, netizen Malaysia bab membahan orang nombor satu ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: