seismik

[VIDEO] Angau Dilamun Cinta, Cara Lelaki Ini ‘On Call’ Dengan Awek Buat Ramai Dapat Relate

"Kalau putus ni, confirm menangis kat dapur jugak" - Netizen.

Cover image via @shaz_wan96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang baru mula bercinta sudah tentu pernah melalui fasa angau bukan?

Bak kata pepatah, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Senang cerita, semuanya indah belaka.

Kalau tengah syok on the phone tu, kadangkala tak sedar telefon dah panas sebab berjam-jam berbual betul tak?

Begitu juga dengan sebuah video yang viral di laman TikTok ini apabila seorang lelaki merakam gelagat kawannya yang sedang asyik dilamun cinta menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shaz_wan96

org pon bercinta jgk wehhh...kat dapur kot @miyoe94

KautetapdlmanganquBynynacover - filleanynaa

Sakan baring atas lantai dapur sambil on call dengan kekasih

Menerusi perkongsian video daripada @shaz_wan96, kelihatan dia sedang berada di dapur rumahnya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia merakam kawannya yang sedang berbaring di atas lantai dapur mereka sambil menelefon kekasihnya secara senyap-senyap.

Rupa-rupanya, kawan lelaki itu sedang angau bercinta dan dia dilihat tidak menghiraukan kawan yang menemaninya di dapur itu.

"Orang pun bercinta jugak weh, kat dapur kot," katanya.

"Betul weh, suami aku dulu pun tengah bergayut call dengan aku, dia jatuh longkang. Longkang tinggi pulak tu, parutnya sampai ke harini ada" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 248.5K tontonan, 31.8K tanda suka dan 1.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kawannya itu dan ada yang dapat relate dengan pengalaman angau mereka dulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, dah berapa jam baring tu bang? Bilik ada katil, dapur juga yang dia pilih ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: