Dua Beranak Ini Buat Lakonan Semula Hari Graduasi, Tapi Nama Anugerah Pula Curi Tumpuan
Akibat PKP lama sangat inilah jadinya, lawaklah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu kita semua semakin bosan gara-gara terkurung di rumah memandangkan keadaan pandemik yang semakin membimbangkan
Namun begitu, kita dapat lihat banyak rakaman lucu yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dan pelbagai idea mereka membuat content menarik terutamanya di aplikasi popular TikTok.
Tidak terkecuali dengan sebuah video ini apabila seorang wanita melakonkan semula sesi pengambilan sijil konvokesyen di majlis graduasi bersama anaknya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Buat majlis konvokesyen sendiri, tapi nama pelajar dan anugerah undang tawa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ajieka93 dengan kapsyen “setelah lama duduk rumah, dapat jugak anugerah”, kelihatan dia dan anak perempuannya sedang merakam lakonan semula di majlis graduasi.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia meletakkan nama anaknya itu sebagai Nur Covid binti Nineteen yang telah mendapat Sijil Kuarantin Terbaik Universiti Pandemik Antarabangsa
Bukan itu saja, kemahiran yang diperolehi oleh kanak-kanak perempuan itu pula diberi nama Kemahiran Berkurung Dalam Bilik sekali gus membuatkan ramai ketawa kerana video itu dianggap kreatif.
"Hahaha makin risau rakyat Malaysia sekarang, kreatif betul!" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 227.1K views, 13.1K likes dan 1.1K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: