seismik

[VIDEO] Buat Pickupline Nama Perempuan, Geng Lelaki Ini Berjaya Cairkan Hati Ramai Gadis

Pandai ya main ayat manis.

Cover image via @akasyahizdihar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda biasa mendengar orang lelaki membuat pickupline dengan tujuan ingin bergurau bukan?

Pickupline ini sering diberi apabila ingin membuatkan seseorang tersenyum dan ketawa kerana ia diselitkan ayat manis di hujung ayat itu.

Sama seperti sebuah video tular memaparkan geng lelaki membuat ayat pickupline menggunakan nama-nama perempuan mencuri tumpuan netizen di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@akasyahizdihar

Reply to @dygnuratkh28 pickupline pickdownline semua ada ##MengahHoldings ##pickuplines ##fyp

feel free to use this sound - hariez

Bagi pickupline nama-nama awek, part last pula bikin insaf

Menerusi video yang dimuat naik oleh @akasyahizdihar, kelihatan dia dan kawan-kawannya yang difahamkan tinggal di kolej sama membuat video mereka memberi pickupline dengan menggunakan nama-nama perempuan.

Antara nama perempuan yang dipetik adalah Mia, Yaya, Nisya, Aireen, Hanisah dan Dibah. Selain video tersebut, mereka juga ada membuat lima koleksi video lain menggunakan pickupline yang berbeza-beza.

Senang cerita, geng lelaki tersebut sangat kreatif menghasilkan content seperti itu dan membuatkan ramai ternanti-nanti video pickupline mereka yang seterusnya.

"Hari-hari tunggu content baru dari you guys, rindu zaman study" - Netizen

Ikutan tularnya video geng lelaki itu yang kini sudah meraih 1.3M views, 161.4K likes dan 6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka yang mencuit hati.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ni mesti kes bosan kat kolej kan, tu yang terus keluar macam-macam pickupline :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: