seismik

"Kalah Orang Bersalin" - Cuak Disuntik Vaksin, Lelaki Ini Jerit Siap Cengkam Tangan Member

Sampai empat orang kena pegang dia.

Cover image via @xapijie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, semua rakyat Malaysia kini digalakkan untuk mengambil vaksin bagi tujuan mengurangkan penularan wabak Covid-19

Dengan adanya bekalan beberapa jenis vaksin seperti Pfizer, Sinovac, AstraZeneca dan lain-lain lagi, ia dapat membantu kita untuk melindung diri daripada jangkitan wabak dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit apabila dijangkiti.

Walaupun proses mengambil vaksin ini nampak sangat remeh, ia mungkin tidak mudah bagi sesetengah orang terutamanya mereka yang takutkan jarum.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki menjerit sambil dipegang oleh kawan-kawannya semasa dicucuk vaksin mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@xapijie

Nah original.. jgn risau kengkawan dia mcm kena ggit semut je!! Tolong lah percaya!! HahahHah

original sound - jayy

Cuak ambil second dose sampai kawan-kawan kena pegang

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @xapijie, kelihatan lelaki itu sedang berada di salah sebuah pusat pemberian vaksin untuk mengambil suntikan keduanya.

Apa yang menghiburkan adalah dia dilihat begitu takut ketika ingin disuntik oleh seorang petugas kesihatan wanita di situ.

Belum apa-apa lagi, riak wajahnya sudah menggelabah dan tidak senang duduk sekali gus membuatkan petugas-petugas kesihatan di situ tergelak.

Lebih melucukan lagi, dia siap menjerit kesakitan dan mencengkam kaki serta tangan salah seorang kawan yang cuba untuk menenangkannya.

"Aku tak dapat bayangkan kalau lelaki beranak, hahahaha huru-hara hospital" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M tontonan, 93K tanda suka dan 11K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah lelaki tersebut.

Malah, ramai kaum perempuan sempat mengusiknya jika orang lelaki bersalin pasti akan melambatkan kerja doktor dan jururawat kerana takut jarum.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lawak tapi kesian pun ada, tak apa yang penting dah vaksin dua dos. Steady bro!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: