seismik

Cuba Ikut Trend Di TikTok, Netizen Terhibur Tengok Video Lelaki Ini Gelak Bunyi Lembu

Ingat suara lembu betul tadi.

Cover image via @marxoanton (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok merupakan medium utama bagi pengguna media sosial untuk membuat konten-konten menarik

Pelbagai challenge dan trend yang dihasilkan oleh ramai pengguna seperti tarian viral, duet, lakonan, nyanyian dan macam-macam lagi.

Namun, tular baru-baru ini mengenai satu trend yang diberi nama 'when you accidentally type' telah dilakukan oleh seorang lelaki mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ikut trend gelak, tak sangka betul-betul keluar suara haiwan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Marco Antonio, kelihatan dia menyahut cabaran gelak seperti bunyi haiwan.

Dia dilihat meletakkan beberapa emoji gelak, kemudian menyelitkan emoji lembu di tengah-tengah emoji gelak tersebut sambil membuat bunyi ketawanya.

Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah bunyi lembu yang keluar daripada mulutnya itu sebiji macam bunyi haiwan tersebut sehingga membuatkan netizen ketawa sakan.

Video berkenaan tular sehingga kini meraih 15.5M views, 3.2M likes dan 94.5K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas mendengar bunyi gelak lelaki tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Menjadi betul bunyi lembu tu, kalau tutup mata mesti orang ingat lembu betul :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: